KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada perkembangan negatif di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.58 mata lebih rendah kepada 1,567.67.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 233 berbanding 133, manakala 270 kaunter tidak berubah, 1,737 kaunter tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 177.94 juta unit bernilai RM82.39 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street susut dalam tempoh semalaman berikutan pelabur dikejutkan dengan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) terkini yang lebih rendah dalam keadaan inflasi tinggi yang berterusan.
Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) merosot 375 mata manakala Nasdaq menguncup 101 mata dengan hasil 10 tahun AS ditutup lebih tinggi kepada 4.704 peratus.
"Namun begitu, niaga hadapan saham meningkat disokong oleh keuntungan kukuh yang direkodkan oleh Alphabet dan Microsoft semasa aktiviti selepas waktu dagangan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Indeks Hang Seng Hong Kong mengekalkan aliran meningkat namun ditutup tinggi apabila dana asing menambah peruntukan mereka untuk aset China disokong oleh jaminan pihak berkuasa China baru-baru ini untuk menyokong pasaran Hong Kong.
"Di peringkat tempatan, FBM KLCI susut sedikit selepas mencecah paras tertinggi setakat ini dalam tahun ini ekoran aktiviti pengambilan untung yang dianggap baik.
"Justeru, kami yakin bursa tempatan mempunyai prospek untuk bergerak lebih tinggi. Oleh itu, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,565 hingga 1,575 hari ini," katanya.
Beliau berkata minyak sawit mentah (MSM) turun di bawah RM3,900 satu tan, paras terendah dalam dua bulan sejajar dengan penurunan yang dialami minyak makan lain.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing susut 2.0 sen kepada RM9.76 dan RM11.84, Public Bank turun 1.0 sen kepada RM4.22, CIMB kurang 3.0 sen kepada RM6.65 dan IHH Healthcare menguncup 5.0 sen kepada RM6.20.
Bagi saham aktif, ATA IMS naik 1.0 sen kepada 29.5 sen, Notion VTEC naik setengah sen kepada 59 sen, Ekovest dan Alpha IVF masing-masing turun setengah sen kepada 44.5 sen dan 32.5 sen, manakala Minetech Resources tidak berubah pada 15 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 20.99 mata kepada 11,759.99; Indeks FBMT 100 kurang 20.82 mata kepada 11,397.65; Indeks FBM 70 merosot 47.07 mata kepada 16,308.23; Indeks FBM ACE menguncup 6.04 mata kepada 5,008.97 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 27.0 mata kepada 11,924.37.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 39.71 mata kepada 17,324.24; Indeks Tenaga kurang 4.40 mata kepada 967.0; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.47 mata kepada 186.09 manakala Indeks Perladangan merosot 35.44 mata kepada 7,390.61.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis. -Gambar fail/Bernama
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak, makan ayam penyet
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim dan doktor membenarkan anak-anaknya untuk hadir melawat daripada jarak jauh untuk meningkatkan motivasinya yang sudah hampir dua minggu dirawat di hospital.
ICJ tolak permohonan Israel tangguh prosiding bicara
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permohonan Israel untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan yang akan berlangsung pada Khamis.
Pusat perubatan Mekah tunggu untuk beroperasi
Untuk tiga tahun berturut-turut, susulan pencapaian cemerlang dalam menyediakan rawatan kesihatan kepada kumpulan jemaah haji sebelum ini, Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mendapat kebenaran untuk membuka Pusat Rawatan Madinah. Manakala Pusat Rawatan Mekah pula masih menunggu keputusan sama daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari beliau ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di sini hari ini.
[TERKINI] DBKL diarah ambil tindakan segera elak pokok tumbang
DBKL diarah ambil tindakan segera dengan menebang pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur.
PM Anwar tiba di Kazakhstan, kukuhkan hubungan antara negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazakhstan hari ini untuk lawatan rasmi sulungnya selama dua hari, bagi mengukuhkan lagi hubungan terjalin antara kedua-dua negara.
AWANI Borneo [16/05/2024] - Ekonomi hijau | Naik 900 peratus | Kebajikan penjawat awam
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan.
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
Cabaran sediakan 10 tan rempah untuk hasilkan empat menu demi penuhi cita rasa 31,600 jemaah
Sebanyak 10 tan rempah-ratus pracampur dihantar ke Mekah menggunakan jalan laut bagi kegunaan pasukan penyedia makanan untuk jemaah haji Malaysia.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
ADTV Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam empat bulan pertama 2024
Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024.